PM Ucap Selamat Thaipusam - Berita Semasa | mStar

PM Ucap Selamat Thaipusam

Diterbitkan: Sabtu, 30 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengucapkan Selamat Menyambut Thaipusam kepada masyarakat Hindu di negara ini dengan harapan perayaan tahunan itu dapat diraikan bersama oleh semua rakyat Malaysia dalam semangat 1Malaysia.

Najib yang menyampaikan ucapan itu dalam blognya www.1Malaysia.com.my berkata bagi yang mempunyai naluri ingin tahu, sambutan perayaan itu merupakan peluang yang menyeronokkan untuk memahami tentang budaya dan kepercayaan agama lain, dan dengan melakukannya turut memahami tentang diri sendiri.

"Kepada semua rakyat Malaysia, ini adalah satu lagi kesempatan untuk mempamerkan penghargaan terhadap kekayaan budaya yang telah lama kita nikmati bersama sebagai satu bangsa, dalam semangat 1Malaysia.

"Harapan saya kepada semua yang menyaksikan perayaan yang menarik ini agar dapat menikmati warna-warna dan irama dalam satu pembuktian keharmonian dan perpaduan yang hebat. Kepada semua, saya ucapkan Selamat Menyambut Thaipusam!," katanya.

Perdana Menteri malam ini buat pertama kalinya turut bersama-sama beratus ribu rakyat Malaysia keturunan India, rakan-rakan rakyat Malaysia serta pelancong luar meraikan perayaan itu di Batu Caves.

Diraikan pada bulan ke-10 dalam kalendar Hindu, Thaipusam, yang disambut pada Januari atau Februari setiap tahun merupakan hari penebusan dosa dan melahirkan kesyukuran.

Perayaan itu diraikan bagi menghargai Dewa Muruga (juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam) dan masyarakat Hindu percaya bahawa segala dosa dapat disucikan pada sambutan Hari Thaipusam. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan