Krisis Di P. Pinang Tanda Jelas Penolakan Kepimpinan Guan Eng - PM

Diterbitkan: Sabtu, 30 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata krisis politik pembangkang khususnya di Pulau Pinang merupakan satu penolakan yang jelas terhadap kepimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau menyifatkan pertelagahan di kalangan pemimpin pembangkang itu bukan sekadar berselisih pendapat tetapi merupakan satu tanda hilang keyakinan sama sekali terhadap dasar dan apa yang dilakukan oleh pimpinan sedia ada.

"Kedudukan pemimpin pembangkang telah sampai ke tahap begitu serius dan perbalahannya merupakan satu tanda hilang keyakinan sama sekali terhadap apa yang dilakukan di peringkat khususnya di Pulau pinang.

"Ini sesuatu yang menggambarkan bahawa penerimaan terhadap dasar-dasar dan pentadbirannya telah menyebabkan sekumpulan pemimpin utama PKR (Parti Keadilan Rakyat) telah mengeluarkan kenyataan yang saya anggap sebagai penolakan yang amat jelas terhadap apa yang dilakukan oleh pimpinan sedia ada," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Digital Pekan 1Malaysia, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas krisis pakatan pembangkang di Pulau Pinang yang dilihat semakin serius apabila anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim secara keras menyerang Ketua Menterinya.

Menurut laporan akhbar hari ini, Zahrain yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang menggambarkan Lim sebagai "diktator", cauvinis dan berfikiran komunis, malah beliau (Zahrain) juga berkata pakatan pembangkang perlu menghentikan sebarang tolak ansur dengan pemimpin itu setelah beliau (Lim) gagal menunaikan janji-janji pada pilihan raya umum lepas.

Perdana Menteri berkata krisis yang berlaku melibatkan kepimpinan parti pembangkang itu bukanlah disebabkan oleh Umno atau Barisan Nasional.

"Ini (krisis), nampaknya (merupakan satu) perpecahan yang begitu serius dan terbuka sekali di kalangan parti pembangkang," katanya.

Najib berkata pemerintahan parti pembangkang di negeri-negeri lain juga dilihat mula berlaku keretakan apabila wakil rakyat dan anggota Parlimen mereka juga mula berselisih pendapat dalam pelbagai isu.

"Mungkin (krisis merebak ke negeri-negeri lain), tak dapat kita nafikan kesan dan tempiasnya menular ke tempat lain.

"Seperti kita tahu Setiausaha Agung PKR (Datuk Salehudin Hashim) dah letak jawatan, nampaknya di kalangan wakil Parlimen mereka pun dah bercanggah secara terbuka, ini bukan perselisihan perdapat tapi perbalahan yang amat serius yang bergolak dalam parti pembangkang," kata Najib. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan