Beri Bantuan Tanpa Mengira Warna Kulit - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 30 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Datuk Seri Najib Tun Razak meminta seluruh rakyat Malaysia yang lebih berkemampuan supaya bersama-sama memberikan khidmat sukarela mereka kepada golongan yang kurang bernasib baik tanpa mengira warna kulit.

Perdana Menteri berkata kerajaan amat mengalu-alukan semangat sukarelawan itu kerana kerja amal dan bakti yang diberikan itu dapat mengharmonikan negara dan membawa kepada kesejahteraan rakyat. "Ini petanda yang cukup baik bahawa khidmat bakti yang diberikan tidak mengenal soal etnik, agama dengan warna kulit tidak dibeza-bezakan, kita tidak memilih warna kulit kerana mereka yang kurang bernasib baik memerlukan khidmat kita," katanya ketika berucap merasmikan Kem Kesihatan dan Perubatan 1Malaysia di Kuala Pahang di sini hari ini.

Kem sehari yang dikunjungi lebih 1,000 penduduk sekitar Parlimen Pekan itu dianjurkan oleh Kelab Rotary Metro Kuantan Diraja.

Turut hadir presiden kelab berkenaan, Dr S. Kanapathy Pillai, dan penasihat Kem 1Malaysia Datuk Dr Penny Tevaraj dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi Pahang Datuk Ishak Muhammad.

Najib berkata sumbangan yang dihulurkan oleh kelab itu merupakan satu nilai murni dan jelas menunjukkan sikap 1Malaysia yang memberikan amal kebajikan kepada penduduk Pekan tanpa mengharapkan balasan.

"Sebagai sebuah kelab, salah satu nilai utama kelab ini adalah memupuk semangat kesukarelawan dengan tujuan melakukan kerja amal dan bakti dan matlamat kesudahannya adalah untuk membangunkan sebuah negara yang aman dan harmoni serta rakyatnya dalam keadaan sejahtera.

"Jadi semangat kesukarelawan ini adalah sangat dialu-alukan oleh kerajaan kerana kesediaan untuk memberi balik peda masyarakat, rakyat dan negara adalah satu nilai murni yang saya sebagai PM 1Malaysia amat bangga apatah lagi di kalangan ahli kelab ini," katanya.

Najib berkata walaupun ahli kelab itu kebanyakannya bukan Melayu namun itu tidak mereka tidak menjadikannya sebagai satu alasan untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat di Pekan yang majoritinya adalah Melayu dan masyarakat nelayan.

Katanya, mereka yang lebih bernasib baik seharusnya sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki berbanding dengan mereka yang kurang berkemampuan khususnya penduduk di Kuala Pahang yang kebanyakannya bekerja sebagai nelayan. "Kita mesti sedar bahawa kita amat bernasib baik berbanding dengan banyak lagi yang kurang bernasib baik yang terpaksa bergelut dengan halangan dan cabaran untuk mendapatkan sesuap nasi terutama bagi mereka yang tinggal di perkampungan nelayan seperti Kuala Pahang.

"Jika anda mempunyai masalah, cuba fikir mengenai mereka yang tinggal di perkampungan ini yang menempuh pelbagai cabaran yang lebih besar dari kita.

"Masalah kita kecil sahaja jika kita mahu memilih restoran mana untuk pergi hari ini sedangkan mereka berharap dapat makan sedap petang ini bukan hanya ikan bilis tapi dapat makan ayam," katanya.

Beliau berkata impian penduduk Kuala Pahang itu hanya akan tercapai dengan sumbangan daripada golongan yang bermurah hati seperti Kelab Rotary Metro Kuantan Diraja. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan