Bajet Sambutan Hari Wilayah Kurang Namun Tetap Meriah

Diterbitkan: Sabtu, 30 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bajet bagi sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun ini berkurangan berbanding tahun lepas tetapi ia tidak menjejaskan kemeriahan sambutan yang diraikan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, pada 1 Feb setiap tahun.

Bertemakan "1Wilayah Persekutuan Maju dan Sejahtera", pelbagai pengisian dan program termasuk program induk dan sampingan telah dirangka oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya di Putrajaya dan Perbadanan Labuan untuk Labuan, yang dikordinasi oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Ketua Komunikasi Korporat kementerian itu Mazurah Ismail berkata kos persiapan bagi aktiviti sambutan hari Wilayah tahun ini ialah RM3 juta berbanding RM7 juta pada tahun lepas.

"Kami tetap mengekalkan kemeriahan sambutan tetapi dengan kadar sederhana sahaja berbanding pada tahun lepas dan semua aktiviti yang dilakukan pada tahun lepas masih dikekalkan pada tahun ini," katanya.

Sambutan Hari Wilayah dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dataran Merdeka Kuala Lumpur, esok.

Majlis penutup sambutan pula akan diadakan di Dataran Labuan pada 28 Feb yang akan disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Antara acara induk yang telah dirangka sempena Hari Wilayah tahun ini ialah kempen kibar bendera Wilayah Persekutuan, yang dilancarkan di kementerian pada 20 Jan lepas, khutbah Jumaat Khas, Festival Hari Wilayah Persekutuan, pengurniaan pingat darjah kebesaran dan Marathon malam Putrajaya.

Beberapa aktiviti sampingan turut diatur seperti pertandingan bola sepak, bowling dan memancing di Kuala Lumpur, pesta sukan air dan Fiesta Balon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya manakala di Labuan pula seperti Labuan International Muaythai dan pertandingan gasing pangkah.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Fuad Ismail berkata Perdana Menteri dijangka melancarkan "Tabung Penyelenggaraan Rumah Kos Rendah Milik Swasta di Kuala Lumpur" pada 31 Jan ini.

"Ini menunjukkan Perdana Menteri kita prihatin dengan masalah kemiskinan yang dihadapi oleh masyarakat di Kuala Lumpur," katanya kepada Bernama.

Ahmad Fuad berkata penduduk Kuala Lumpur juga seharusnya melakukan anjakan paradigma untuk memastikan ibu negara ini maju dan sejahtera serta bebas daripada budaya negatif seperti kegiatan vandalisme dan Mat Rempit. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan