Pergeseran PKR, DAP Sudah Lama Berlaku

Diterbitkan: Jumaat, 29 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang melihat pertelingkahan antara pemimpin DAP dan Parti Keadilan rakyat (PKR) di negeri itu sudah lama berlaku sejak pakatan pembangkang mengambil alih terajui pentadbiran kerajaan negeri daripada BN selepas pilihan raya umum 2008.

Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan berkata gabungan pembangkang merupakan perkahwinan yang mempunyai kepentingan untuk memenuhi hasrat pemimpinnya dan bukan untuk kebaikan parti lebih-lebih lagi rakyat.

"Mereka (pembangkang) kini telah menampakkan belang mereka yang sebenar dan sudah terdapat tanda-tanda berlaku keretakan dalam pakatan ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Teng mengulas mengenai kenyataan pedas yang dikeluarkan oleh bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang antara lain menyifatkan Ketua Menteri Lim Guan sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis.

Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri yang mewakili Umno, Datuk Azhar Ibrahim berkata beliau percaya Zahrain yang juga Anggota Parlimen Bayan Baru telah lama memendam rasa sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut.

"Saya diberitahu bahawa pemimpin PKR dan PAS tidak mempunyai kuasa untuk melahirkan pandangan mereka dalam mesyuarat exco kerajaan negeri," katanya.

Beliau sedih kerana PKR dan PAS yang mewakili orang Melayu di Pulau Pinang tidak mempunyai kuasa dan pengaruh di dalam kerajaan negeri.

"Kerajaan Pulau Pinang hanya ditadbir oleh seorang pemimpin sementara yang lain tidak dibenarkan memberi sebarang pendapat terhadap kenyataan Lim," katanya.

Timbalan Pengerusi MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon pula berkata Zahrain bertindak demikian hanya kerana mahu partinya diberi peranan lebih besar dalam kerajaan negeri dan mahu menunjukkan kepada orang Melayu bahawa PKR membuat kerja untuk rakyat.

"Mereka (PKR) mahukan bahagian yang lebih besar dalam pentadbiran kerajaan negeri yang diketuai DAP dan ini juga merupakan sebahagian daripada tindakan mereka untuk membuktikan kepada pengundi mereka bahawa mereka membuat kerja," kata Eng. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan