Penumpang Maut Digilis Bas Ketika Mangsa Melompat Keluar

Diterbitkan: Jumaat, 29 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang penumpang bas maut selepas digilis bas yang dinaiki ketika mangsa melompat keluar dari bas berkenaan yang ketika itu sedang dalam perjalanan dari Ipoh ke Jelapang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias berkata mangsa yang terbunuh dalam kejadian kira-kira pukul 7.35 pagi tadi dikenali sebagai Cheng Thean Fatt, 48.

"Siasatan awal polis mendapati kemalangan adalah disebabkan mangsa yang berada dalam bas secara tiba-tiba melompat keluar dari bas sebelum bas sempat berhenti menyebabkan mangsa jatuh ke atas jalan dan digilis oleh tayar bas tersebut di bahagian belakang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mangsa yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Sementara itu, dalam kejadian lain seorang pemandu van terbunuh manakala seorang lagi pemandu van cedera apabila dua van bertembung dalam kemalangan di Km 4 Jalan Bidor-Teluk Intan berhampiran pekan Bidor semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Roslan Bek Ahmad berkata mangsa yang terbunuh dalam kejadian pukul 4. 30 petang itu adalah Foo Khong Phe, yang berasal dari Bidor.

Mangsa yang mengalami cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat, manakala seorang lagi pemandu van yang cedera dibawa ke hospital yang sama untuk mendapatkan rawatan lanjut, katanya.

Roslan Bek berkata siasatan awal mendapati mangsa yang memandu sendirian dikatakan gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas dan memasuki laluan kanan dan bertembung dengan van dari arah bertentangan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan