Pemuda Umno Lancar Kempen Tambah Ahli Baru, Jumaat Depan

Diterbitkan: Jumaat, 29 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno akan melancarkan kempen menambah ahli pada Jumaat depan bagi tujuan meraih sokongan dari golongan muda dalam usaha mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan pucuk pimpinan parti itu.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata Pemuda Umno mensasarkan jumlah ahli baru pergerakan itu tahun ini akan bertambah daripada 25,000 ahli baru pada tahun lepas.

"Program ini dijadualkan akan dirasmikan oleh Pengerusi Umno Kedah merangkap Naib Presiden dan Biro Keahlian Umno Malaysia Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan akan turut dihadiri Ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda di sini semalam.

Sementara itu, mengenai cadangan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali agar kerajaan melaksanakan undang-undang pencegahan terutamanya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat bagi membendung tindakan mencabuli rumah ibadat, beliau berkata: "Kita perlu memberi peluang kepada polis melakukan siasatan."

Katanya buat masa ini Malaysia belum perlu melaksanakan ISA dan Ordinan Darurat untuk membendung tindakan tersebut, apa yang perlu ialah kerjasama orang ramai membantu polis menyalurkan maklumat berkaitan perbuatan khianat tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan