MIC, MCA Saran Kerajaan Beri Nafkah Wanita Bukan Islam

Diterbitkan: Jumaat, 29 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MIC dan MCA akan mengusulkan kepada kerajaan agar turut menimbang peruntukan nafkah bagi wanita bukan Islam yang sedang melalui proses penceraian serta tidak diberi nafkah oleh suami mereka.

Naib Presiden MIC, Datuk Dr S. Subramaniam berkata, syor itu akan dibawa beliau dan rakan sejawat dari MCA Datuk Seri Dr Ng Yen Yen yang juga Menteri Pelancongan pada mesyuarat Kabinet akan datang.

Subramaniam yang juga Menteri Sumber Manusia berkata pemberian nafkah itu akan meringankan beban golongan isteri yang kebanyakannya turut bertanggungjawab menjaga anak-anak sementara menunggu proses penceraian mereka selesai.

"Proses penceraian ini mengambil masa yang lama di mahkamah dan ada suami yang tidak mahu memberi nafkah kepada isteri selagi kes tidak selesai," katanya kepada pemberita selepas majlis penerimaan projek menaiktaraf kemudahan pelancongan di kawasan Batu Caves daripada Ng, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Subramaniam berkata mereka akan menyarankan agar peruntukan itu disalur menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Pada awal bulan ini Kabinet meluluskan peruntukan sebanyak RM15 juta untuk digunakan sebagai bayaran pendahuluan kepada mereka yang memperoleh perintah nafkah daripada Mahkamah Syariah, bertujuan membantu isteri-isteri yang dalam proses penceraian dan tidak diberikan nafkah oleh suami, meneruskan hidup dengan baik. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan