MCA Cadang Adakan Dialog Dengan Pertubuhan Islam

Diterbitkan: Jumaat, 29 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA bercadang mengadakan perjumpaan dengan pertubuhan agama Islam dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada sesi dialog yang diadakan parti itu dengan pelbagai pertubuhan agama.

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, parti itu yakin kepercayaan dan persefahaman antara penganut pelbagai agama hanya boleh dikekalkan melalui dialog.

"Rasa hormat dan keharmonian antara penganut pelbagai agama dan kepercayaan merupakan kunci kepada penyelesaian jangka panjang berhubung isu sensitif ini. Ia tidak boleh diselesaikan melalui kebencian dan keganasan," katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas menghadiri majlis dialog parti itu dengan Majlis Perundingan Malaysia bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST) di ibu pejabat MCA di sini semalam.

Minggu lepas, parti itu mengadakan dialog serupa dengan pemimpin Kristian berikutan beberapa kejadian serangan terhadap rumah-rumah ibadat baru-baru ini.

Ong berkata, pada dialog itu, MCA dan MCCBCHST membincangkan mengenai sensitiviti agama dan pelbagai isu termasuk Akta Pembaharuan Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, sama ada Malaysia sebuah negara Islam, pengagihan dana awam dan reka bentuk rumah ibadat serta kawasan perkuburan bagi bukan Islam.

Pada sesi dialog secara tertutup yang berlangsung kira-kira tiga jam itu, Ong berkata, mereka bertukar-tukar pandangan dan idea secara terus terang dengan ketua-ketua agama MCCBCHST dan menurutnya beliau amat menghargai input yang diberikan majlis itu.

"Isu ini amat sensitif, rumit dan mungkin akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan, dan sekarang kami telah memulakannya (mengadakan dialog) dan parti melalui wakilnya akan menangani kebimbangan ini, sama ada di peringkat Kabinet, Ahli Majlis kerajaan negeri atau kerajaan tempatan.

"Hasil daripada perbincangan ini akan diumumkan kepada orang ramai pada masa dan di tempat yang sesuai kelak," kata Ong. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan