Mangsa Kebakaran Terima Bantuan - Berita Semasa | mStar

Mangsa Kebakaran Terima Bantuan

Diterbitkan: Jumaat, 29 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tujuh keluarga mangsa kebakaran hari ini menerima bantuan berjumlah RM14,000 daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di sini.

Cek bernilai RM2,000 bagi setiap keluarga itu disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Anan C.Mohd.

Pegawai Agihan Bantuan Musibah MAIWP Mohd Saiful Hafiz Abdullah berkata kebakaran yang berlaku pada November dan Disember tahun lepas itu melibatkan lima keluarga di Lorong Raja Bot, Kampung Baru, satu keluarga di Wangsa Melawati dan satu keluarga di Taman Keramat Wangsa di sini.

Beliau berkata kejadian yang dipercayai berpunca daripada litar pintas itu mengakibatkan kemusnahan seluruh struktur rumah serta harta benda.

"Mangsa kebakaran telah ditempatkan secara sementara di Dewan Komuniti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pihak Baitulmal telah memberi bantuan awal berupa kit kecemasan, antara lain mengandungi pakaian, alat perhiasan diri, pakaian solat dan selimut," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek itu. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan