Jawatankuasa Khas Banteras Jenayah Kolar Putih Akan Diwujudkan

Diterbitkan: Jumaat, 29 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mewujudkan satu jawatankuasa khas bersama bagi membanteras jenayah kolar putih selewat-lewatnya bulan depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu jawatankuasa khas bersama itu akan melibatkan kerjasama antara Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Sekuriti, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia.

Menurut Ismail Sabri, tujuan utama penubuhan jawatankuasa ini adalah untuk membendung jenayah perdagangan yang berleluasa sejak kebelakangan ini.

"Tujuan kita ingin mewujudkan jawatankuasa ini adalah supaya membolehkan semua pihak dapat bekerjasama dalam menyelesaikan kes-kes yang melibatkan jenayah dagangan.

"Oleh itu, semua pihak yang terlibat dalam jawatankuasa ini dapat memainkan peranan masing-masing," katanya selepas majlis perasmian penutup program Perniagaan Anda Bermula Di SSM di sini hari ini.

Beliau turut memberitahu, jawatankuasa khas bersama itu telah dimaklumkan kepada kabinet dan Ketua Pegawai Ekskutif SSM, Datuk Azmi Ariffin akan mengetuai jawatankuasa itu kelak.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, pemilik sebuah restoran berkonsepkan cafe akan dihadapkan ke mahkamah minggu depan atas kesalahan menjalankan perniagaan berkonsepkan multi-level.

Menurut beliau, terdapat dua lagi restoran yang sedang disiasat atas tuduhan yang sama.

Sementara itu, Ismail Sabri juga menyeru semua individu yang berhasrat untuk menubuhkan syarikat atau perniagaan supaya mendaftarkan perniagaan mereka terlebih dahulu kepada SSM untuk mengelakkan sebarang masalah.

"Ini adalah perlu sebelum berurusan untuk memohon lesen lain seperti lesen premis dan permit yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan yang lain," katanya.

Malah katanya, orang ramai yang ingin berurusan dengan institusi-institusi kewangan bagi tujuan mendapatkan pinjaman perniagaan perlu mempunyai sijil pendaftaran perniagaan dan syarikat yang dikeluarkan oleh SSM.

Beliau berkata, proses untuk mendaftarkan syarikat atau perniagaan adalah mudah kerana hanya satu jam diperlukan untuk berbuat demikian dan seharu untuk syarikat bagi yang memenuhi syarat.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan