Tanah: Perak Pastikan Proses Beri Milik Disegerakan

Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kerajaan Negeri Perak akan memastikan proses pemberian hak milik tanah rizab keretapi di Kuala Sepetang yang dilepaskan oleh Kerajaan Persekutuan, kepada penduduk yang tinggal di situ dapat diselesaikan dengan segera, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah diarahkan membuat bancian terbaru mengenai penduduk di situ serta proses lain seperti membuat bahagian lot-lot tanah tertentu sebelum diberi hak milik.

"Selain itu kita juga akan berbincang mengenai proses penyerahan seterusnya dengan melibatkan Perbadanan Pengurusan Aset Kereta Api (PAK) selaku pentadbir tanah terbabit.

"Kerajaan negeri akan memberi hak milik tanah kepada penduduk selepas kawasan itu tidak lagi diwartakan sebagai aset kerajaan di bawah PAK dan pemberian hak milik itu akan dilaksanakan oleh UPEN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Greentown di Jalan Hospital di sini hari ini.

Beliau berkata, keputusan kerajaan Persekutuan itu adalah hasil siri perbincangan dan rundingan dengan kerajaan negeri yang mengambil masa kira-kira lima bulan selepas berjanji untuk menyelesaikan isu tanah yang melibatkan kira-kira 300 penduduk di Kuala Sepetang pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Mac tahun lepas.

Kebanyakan penduduk yang tinggal di tanah berkenaan yang sebelum itu dibina landasan kereta api menghubungkan Port Weld (kini Kuala Sepetang) dengan bandar Taiping bekerja sebagai nelayan.

Ada antara penduduk yang menghuni tanah tersebut selama empat generasi dan membayar sewa tahunan kepada KTMB dan Perbadanan Pengurusan Aset Kereta Api tetapi bilangan penduduk sebenar tidak dapat ditentukan kerana ada yang tidak membayar sewa.

Zambry turut melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan berhubung keputusan itu.

"Terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang telah membuat keputusan untuk menyerahkan tanah rizab landasan keretapi itu. Ini adalah hasil siri perbincangan dan rundingan yang diusahakan kerajaan negeri untuk membantu rakyat di Kuala Sepetang. Itulah janji yang kita kotakan," katanya.

Semalam, Jemaah Menteri bersetuju tanah rizab keretapi di antara Taiping ke Kuala Sepetang seluas 94.5 hektar dilepaskan kepada Kerajaan Negeri Perak.

Keputusan itu diambil memandangkan tanah berkenaan tidak lagi digunakan untuk tujuan operasi keretapi sejak tahun 1941.

Kerajaan negeri turut bersetuju untuk membuat pembayaran kira-kira RM38 juta kepada Kerajaan Persekutuan melalui perbadanan itu selaku pentadbir tanah terbabit. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan