Tahanan ISA: Suruhanjaya Tinggi Nigeria Tidak Pasti

Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tinggi Nigeria di sini tidak pasti sama ada warganegaranya telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas dakwaan dikaitkan dengan keganasan seperti yang dilapor oleh sebuah media tempatan di sini, kata Pesuruhjaya Tingginya, Peter J.E Anegbeh.

Anegbeh berkata, pihaknya tidak menerima sebarang pemberitahuan daripada Kementerian Luar Malaysia mengenai perkara itu seperti prosedur lazim dalam situasi sedemikian.

Beliau menegaskan menurut prosedur, jika terdapat warga Nigeria terlibat seperti yang dilapor akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times (NST), Wisma Putra akan memaklumkannya kepada mereka dan membuat persiapan bagi membolehkan pegawai suruhanjaya tinggi itu melawat tahanan.

"Kami pasti jika rakyat Nigeria terlibat, Kementerian Luar Malaysia akan memberitahu kita pada kadar segera," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilapor berkata, 10 orang telah ditahan di bawah ISA baru-baru ini, terdiri daripada seorang rakyat tempatan dan sembilan warga asing atas dakwaan mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa.

Hishammuddin bagaimanapun enggan mendedahkan kewarganegaraan mereka yang ditahan.

NST melaporkan kesemua yang ditahan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan seorang pelajar Nigeria yang cuba meletupkan sebuah pesawat menghala ke Amerika Syarikat pada hari Krismas lepas, dan menambah bahawa beberapa rakyat asing yang ditahan itu adalah warga Nigeria.

Anegbeh berkata, beliau sangat kecewa dengan laporan itu dan menyifatkannya sebagai tidak profesional, serta menegaskan bahawa adalah penting untuk mendapatkan pengesahan berhubung isu seperti itu bagi mengelakkan rakyat Nigeria daripada dikelompokkan dengan tanggapan stereotaip.

"Laporan seperti ini boleh merosakkan imej negara saya dan perhubungan baik di antara Malaysia dan Nigeria, dan juga perhubungan antara rakyat kedua-dua negara," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan