Syarikat Disaran Buka Pusat Jagaan Harian Kanak-Kanak

Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat perlu menimbang untuk mewujudkan pusat penjagaan harian kanak-kanak di tempat kerja sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Ismail Sabri berkata, kewujudan pusat seperti itu di tempat kerja, dapat membantu ibu bapa bekerja yang tidak mempunyai masa untuk menjaga anak-anak mereka.

"Kenapa tidak syarikat mengambil tanggungjawab mewujudkan pusat penjagaan harian di tempat kerja memandangkan syarikat dan pekerja akan sama-sama mendapat manfaat," katanya.

Menteri itu berkata demikian selepas merasmikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia serta pelancaran Pekeliling 1 Amalan Perniagaan Terbaik 2010, di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, kerajaan akan menyediakan insentif cukai kepada syarikat yang ingin mewujudkan pusat penjagaan harian di tempat kerja mereka.

Beliau berkata, ini boleh dilaksanakan memandangkan terdapat kira-kira 850,000 syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan empat juta lagi dengan Pendaftar Syarikat (ROC). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan