Seorang Mati, Lima Cedera Diserang Lelaki Amuk

Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Seorang pekerja ladang maut dan lima lagi cedera selepas diserang oleh seorang lelaki yang mengamuk di sebuah ladang kelapa sawit di Sukau Kinabatangan kira-kira 100 kilometer di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rosli Mohd Isa berkata, mangsa dikenali sebagai Baharun Toba, 40, warga Indonesia, mati di tempat kejadian akibat cedera parah diserang oleh lelaki yang bersenjatakan sebilah parang itu.

Beliau berkata, insiden berlaku kira-kira pukul 6 pagi dan siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai mengamuk kerana tidak berpuas hati dipersendakan oleh tiga pekerja ladang yang turut tercedera dalam kejadian itu dan tinggal serumah dengannya.

Berdasarkan siasatan awal, lelaki yang mengamuk itu baru sahaja tiba di ladang itu semalam untuk mencari pekerjaan dan penyelia ladang itu kemudian memintanya bermalam di sebuah rumah pekerja bersama tiga lagi pekerja di ladang itu.

"Ketika bermalam di rumah pekerja itu, ketiga-tiga pekerja itu dipercayai mempersendakan lelaki itu dan pagi ini, mangsa bertindak menyerang ketiga-tiga lelaki itu dengan bersenjatakan sebilah parang," katanya di sini.

Menurutnya, lelaki itu kemudian pergi ke pejabat untuk menyerang penyelia ladang dan ketika dalam perjalanan, dia terserempak dengan mangsa yang ketika itu bersama anaknya lalu bertindak menetaknya, manakala anak mangsa sempat melarikan diri.

Rosli berkata, lelaki itu kemudian cuba menyerang penyelia dan seorang lagi pekerja di pejabat ladang itu lalu berlaku pergelutan di antara mereka.

Katanya, lelaki itu berjaya ditangkap dan tangannya diikat sebelum diserahkan kepada anggota polis dari Balai Polis Suan Lamba, manakala penyelia itu bersama empat lagi pekerja ladang yang mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Kinabatangan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan