RM470 Juta Bantu Malaysia Capai Sasaran Peratus Penembusan Internet

Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LUNDU: Kerajaan Pusat memperuntukkan RM470 juta kepada Sarawak di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) untuk merapatkan jurang digital negara dalam tempoh lima tahun.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, peruntukan tersebut dapat menaikkan kadar penembusan internet untuk isi rumah daripada hanya 31.4 peratus di peringkat nasional sekarang kepada 50 peratus pada akhir tahun ini.

"Kementerian di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yakin kadar penembusan internet akan dapat diatasi dengan adanya langkah untuk membangunkan lebih banyak kemudahan seperti Pusat Jalur Lebar (PJL) di kawasan luar bandar khasnya di Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan PJL Lundu dan Pusat Ibu Sawat Internet Malaysia, Sarawak MyIX di sini hari ini. Beliau berkata, di bawah program PPS, SKMM akan mewujudkan dua pusat internet orang kurang upaya (OKU), penambahan enam lagi PJK selain akan mewujudkan 37 perpustakaan jalur lebar di Sarawak.

Untuk meluaskan lagi liputan selular seluruh negara, SKMM akan membina 203 menara telekomunikasi di Sarawak secara berperingkat-peringkat yang akan bermula selewat-lewatnya pada suku pertama tahun ini. Sementara itu katanya, kementerian sedang membuat kajian tentang usaha untuk membudayakan masyarakat negara ini untuk membeli kemudahan teknologi maklumat seperti komputer.

Menurut beliau, pihaknya sedang mengumpul maklumat untuk memastikan rakyat di peringkat rendah juga mampu membeli komputer yang berkualiti sesuai dengan keperluan semasa.

"Kita sedang memantau beberapa produk yang sesuai yang mampu rakyat beli seperti yang semurah RM900 seunit komputer serta berkualiti," kata Rais.

Mengenai MyIX, beliau berkata, pembanguan pusat ibu sawat internet Malaysia itu membantu mengatasi masalah kesesakan dalam perkhidmatan internet ketika ini.

Beliau berkata, dengan lengkapnya kemudahan MyIX yang meliputi Semenanjung, Sabah dan Sarawak, pengguna internet di negara ini akan mendapat kemudahan internet yang lebih cepat dan berkualiti tanpa perlu bergantung dengan pusat ibu sawat internet luar negara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan