Program Rakan Muda Dikaji: Shabery

Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan akan mengkaji sama ada program Rakan Muda masih relevan dalam konteks masyarakat masa kini selepas menerima input daripada kepimpinan baru Majlis Belia Malaysia (MBM).

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, menteri berkenaan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, sekiranya diperlukan, kerajaan akan mengemaskinikan program itu bagi memastikan ia relevan dengan kehendak semasa.

"Rakan Muda ada sejarah tersendiri, lebih dari 10 tahun dahulu di mana dilihat bahawa ramai anak-anak muda tidak mahu menyertai persatuan kerana rasa kesukaran mereka dengan persatuan-persatuan yang banyak didokong oleh mereka bukan dalam lingkungan umur tertentu.

"Maka Rakan Muda diketengahkan. Sekarang, persatuan-persatuan belia semuanya didokong oleh golongan muda, jadi adakah Rakan Muda masih relevan kerana dilihat seperti persatuan tetapi program-programnya dikendalikan oleh kerajaan, terutamanya dalam zaman yang lebih kreatif dan liberal ini?" katanya.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan hormat Presiden baru MBM, Mohamad Maliki Mohamad Rapiee dan anggota baru majlis eksekutif pertubuhan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan