PM Lancar Program 1Malaysia Di Melaka 4 Februari

Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan program 1Malaysia Bersama Rakyat Negeri Melaka pada 4 Februari depan di Dataran Klebang, Melaka sempena lawatan rasminya ke negeri itu.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Heng Seai Kie berkata, selain pelancaran program itu, Program Mesra Rakyat juga akan diadakan bermula 5 hingga 7 Feb di Dataran Graha Makmur, Melaka yang turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik.

"Antara aktiviti yang disediakan adalah pameran 1Malaysia, RTM Turun Padang, Senam Seni 1Malaysia, gerai jualan, kugiran orang Asli, demonstrasi dan pameran lukisan berus angin serta rangkuman foto rakyat Melaka," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, ini merupakan program kali kedua "1Malaysia Bersama Rakyat", program pertama diadakan di Perak pada tahun lepas.

Program 1Malaysia Bersama Rakyat akan diadakan di semua negeri dan merupakan salah satu program utama yang dikendalikan oleh kementerian dengan kerjasama kerajaan negeri.

Heng berkata, program itu adalah bagi memastikan konsep 1Malaysia mendapat liputan meluas dan mendalam bagi meningkatkan kesedaran, kefahaman, sokongan dan penghayatan rakyat mengenai 1Malaysia.

Selain itu, program itu bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dan cintakan negara yang jitu ke arah membina sebuah negara bangsa Malaysia, katanya.

Najib semasa lawatan rasmi sehari ke negeri itu dijadualkan akan merasmikan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka di Batu Berendam dan mengadakan perjumpaan dengan jawatankuasa Barisan Nasional di Seri Bendahara, Ayer Keroh.

Selain itu, Perdana Menteri juga dijadual melawat projek pembangunan nelayan di jeti Pantai Siring, Merlimau dan melakukan tinjauan mesra di Pusat Bandaraya Melaka, di kawasan Kampus Bandar Universiti Tekologi Mara di Jalan Tun Ali, gerai penjaja, Kampung Morten, Sungai Melaka dan Jonker Walk.

Pada sebelah malam, Najib akan menghadiri Jamuan Rakyat 1Malaysia dan merasmikan Dataran 1Malaysia di Pantai Kelebang.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pula dijadual mengadakan perjumpaan ramah mesra bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan Wanita di Taman Botanikal Melaka di Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan