Pembaca Beralih Ke Internet Jika Media Tradisional Tidak Berubah

Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Para pembaca semestinya akan beralih kepada internet untuk mendapatkan berita sekiranya media tradisional kekal dengan gaya penulisan lama yang menampilkan laporan berdasarkan apa yang dirasakan oleh editor perlu dibaca oleh orang ramai sahaja, atau menjadi alat propaganda semata-mata.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, internet yang mencetuskan satu fenomena perubahan baru di seluruh dunia, membolehkan orang ramai membaca apa sahaja yang ingin dibaca mereka.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa merasmikan persidangan antarabangsa mengenai Kewartawanan yang Bebas dan Bertanggungjawab di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Penerangan) Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Azmi Ali.

Rais berkata, wartawan perlu bebas dalam melaksanakan kewajipan membekalkan maklumat kepada orang ramai dengan mematuhi beberapa peraturan mudah, seperti yang pertama kewajipan utama adalah terhadap kebenaran, kesetiaan penuh kepada rakyat, perlu berdisiplin untuk membuat pengesahan terhadap setiap laporan, dan kekal bebas daripada kongkongan pihak yang dilaporkan.

Beliau berkata, di negara-negara tanpa kebebasan akhbar, majoriti wartawan yang membuat laporan berita mungkin tidak mematuhi standard kewartawanan ini.

"Media yang dikongkong sering dilarang daripada mengkritik kerajaan dan dalam banyak kes, ia dikehendaki menyebar propaganda, seolah-olah propaganda ini adalah berita. Pelbagai bentuk tapisan pula dikenakan yang mungkin menghadkan laporan berita berhubung isu-isu yang dianggap sensitif oleh kerajaan," katanya.

Katanya, para wartawan setiap hari berhadapan dengan risiko yang ditampilkan menerusi undang-undang media yang ketat, dan ancaman seperti kemungkinan lesen penerbitan tidak dibenarkan untuk diperbaharui, saman, denda atau penjara, serta gangguan dalam pelbagai bentuk campurtangan kerajaan di bilik berita.

Rais berkata, selaras dengan kemunculan pelbagai isu dan cabaran ini, badan Society of Professional Journalists (SPJ) ditubuhkan pada tahun 1909 di Amerika, khusus untuk menggalakkan amalan kewartawanan yang bebas di samping menjana standard tinggi etika perlakuan.

Menurutnya, SPJ menampilkan kod etika secara sukarela untuk dijunjung oleh ribuan wartawan tapa mengira tempat atau platform, dan ia diguna pakai secara meluas di bilik-bilik berita mahupun kelas-kelas latihan sebagai garis panduan bagi perlakuan beretika.

Kira-kira 60 peserta dari Malaysia dan negara-negara Selatan seperti Azerbaijan, Brunei, Kemboja , Fiji, India, Sri Lanka, Venezuela dan Vietnam mengambil bahagian dalam persidangan dua hari itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan