MB Minta Penghuni Rumah Pangsa Dibanci Semula

Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini meminta Unit Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan membanci semula penghuni rumah pangsa Jalan Tun Dr. Ismail di sini berikutan lebih 60 peratus penghuninya didakwa menyewakan unit kepada orang lain.

Sehubungan itu, beliau mahu unit itu menentukan mereka yang duduk di situ adalah orang yang menyewa terus dengan kerajaan.

"Kita tidak mahu orang tengah yang bayar sewa RM40-RM50 di rumah pangsa itu tetapi dia beri sewa pula kepada orang lain dengan kadar sewa yang lebih tinggi. Ini tidak seiring dengan konsep kerajaan nak membantu rakyat," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan di rumah pangsa berkenaan di sini, hari ini.

Malah katanya, beliau juga mendengar khabar terdapat juga ramai pendatang tanpa izin tinggal di rumah pangsa itu.

"Saya akan pastikan perkara ini diambil tindakan. Saya berharap jawatankusa penduduk di sini memberikan kerjasama supaya yang penting ialah kita hendak penduduk rumah pangsa ini berada dalam keadaan yang sejahtera dan aman," katanya.

Mohamad berkata, beliau juga telah meminta unit tersebut dan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) supaya memberi perhatian terhadap masalah penduduk di situ, seperti longkang tersumbat, paip pecah, tangki air bocor, sampah dan tangga dijadikan tempat setor.

Mohamad turut mengumumkan untuk membina taman permainan kanak-kanak di situ.

Rumah pangsa kerajaan negeri ini terdiri dari dua blok setinggi 14 tingkat dengan 264 unit kediaman, telah wujud sejak 1966 dengan kadar sewa antara RM40 dan RM50 sebulan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan