Jalan Utama Ipoh Ditutup Sementara Untuk Thaipusam

Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Beberapa jalan utama di sini akan ditutup sementara esok bagi laluan kepada perarakan perayaan Thaipusam Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, semua kenderaan yang datang dari arah Jalan Sungai Pari dilencongkan ke Jalan Guntung dan melalui Jalan Gurdwara untuk ke pusat bandar.

"Kenderaan yang datang dari arah Jalan Lahat dan Bulatan Medan Kidd dilencongkan ke Jalan Leong Boon Swee sehingga perarakan memasuki Jalan Sultan Yusof," katanya kepada pemberita hari ini.

Azisman berkata, kenderaan yang datang dari arah Bulatan Hospital dilencongkan ke Jalan Datuk Ahmad Said dan masuk ke Jalan Raja Ekram.

Katanya, semua kenderaan dilarang masuk ke Gunung Cheroh mulai pukul 6 petang esok hingga 3 pagi Ahad ini. Kenderaan yang melalui Medan Istan akan dilencongkan ke susur Jalan Raja Musa Aziz untuk pergi ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Jalan Kual Kangsar, manakala semua kenderaan dari Jalan Kuala Kangsar dan Bangunan Pejabat Tanah Galian dilencongkan ke Jalan Istana untuk ke pusat bandar.

Penutup semua jalan itu adalah dari 6 petang esok hingga 3 pagi Ahad. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan