GTP Cabaran Besar Buat Penjawat Awam

Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cabaran besar menanti 1.2 juta penjawat awam di negara ini bagi memastikan pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dilaksanakan dengan cepat dan berkesan, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Beliau berkata, ini bagi memastikan dasar-dasar yang digariskan untuk dilaksanakan kerajaan tidak terjejas hanya kerana sistem penyampaian yang kurang berkesan.

"Di masa-masa lepas masalah kita ialah kita membuat membuat keputusan yang baik, dasar yang baik tetapi kurang sebagaimana yang Perdana Menteri sebutkan, iaitu kurang dalam pelaksanaan...jadi bila dah ada sasaran yang macam ini cabaran kita pada tahun ini dan masa-masa akan datang ialah memastikan bahawa dasar-dasar dan GTP yang dirancang ini dilaksanakan dengan cepat.

"Benda tu dah ada perancangan, dah ada dokumen jadi tanggungjawab kita sebagai penjawat awam adalah untuk memastikan bahawa perancangan yang dibuat dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Pelan Hala Tuju GTP oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

GTP yang diperkenalkan Najib pada April tahun lepas bertujuan mentranformasikan kerajaan bagi menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat serta memacu Malaysia ke arah mencapai aspirasi Wawasan 2020.

Mohd Sidek berkata, sekiranya semua penjawat awam melaksanakan pelan tersebut dengan tekun, ikhlas dan penuh dedikasi, beliau yakin matlamat yang telah digariskan kerajaan akan dapat dicapai sepenuhnya.

Bagaimanapun, beliau berkata, GTP tidak akan menjadi beban kepada penjawat awam kerana sebagai rakyat biasa, penjawat awam juga mahu menikmati hidup yang lebih baik.

"GTP tidak akan jadi tekanan sebab penjawat awam pun rakyat juga, apa salahnya, umpamanya untuk kita cuba mengurangkan jenayah jalanan...sebagai penjawat awam yang merupakan rakyat negara ini, kita mahu juga keadaan yang selamat, tidak ada jenayah, tidak ada kemiskinan dan rakyat dapat menikmati hidup yang baik.

"Sebagai rakyat biasa, sebagai penjawat awam yang merupakan rakyat negara ini, kita mahukan negara kita menjadi sebuah negara yang maju,"katanya.

Katanya, kerajaan juga telah memberikan banyak kemudahan kepada penjawat awam dan adalah menjadi tugas mereka untuk memastikan matlamat kerajaan dan aspirasi rakyat dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Beliau turut menggesa orang ramai untuk bersama-sama mendokong hasrat mentransformasikan negara tanpa bergantung kepada penjawat awam semata-mata. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan