Balai Bomba Akan Dibina Di Kawasan Padat

Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATOH: Kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan berisiko terdedah kepada ancaman kebakaran akan diberikan keutamaan dalam pembinaan balai-balai bomba baru, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata, kerajaan menyedari kesulitan dan kebimbangan yang dialami oleh penduduk di kawasan seperti itu.

"Menyedari hakikat itu, dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) sebanyak 40 balai bomba dan penyelamat telah siap dibina dan RMK-10 sebanyak 29 lagi akan dibina di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas melawat projek pembinaan Balai Bomba Hutan Melintang dekat sini hari ini.

Projek yang dibina di tapak seluas 1.6 hektar melibatkan kos RM8.5 juta dijadual siap akhir tahun ini. Balai berkenaan akan menyediakan khidmat bagi lebih 50,000 penduduk sekitar.

Kong berkata, selain di Hutan Melintang, pembinaan balai bomba dan penyelamat lain di Perak ialah di Jelapang, Simpang Pulai dan Ayer Tawar. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan