Tujuh Ditahan, 45 Mesin Judi Haram Dirampas

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai tujuh orang, termasuk empat penjaga dua buah kafe internet dan sebuah premis menjual barangan terpakai di sini, ditahan polis kerana menjalankan kegiatan mesin judi berkomputer haram.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, dalam Ops Dadu iaitu operasi memerangi perjudian tiga daripada tujuh yang ditahan terdiri daripada pelanggan pusat tersebut.

Polis juga merampas 45 mesin judi haram dari ketiga-tiga premis yang beroperasi di Ampang Jaya dan Pandan Indah, katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek yang berumur dalam lingkungan 20-an kini ditahan reman, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (Pindaan 2001) yang memperuntukkan denda RM10,000 bagi setiap unit mesin atau penjara sehingga lima tahun.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan terbaru berhubung laporan polis mengenai klip video yang memaparkan penghinaan terhadap Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail dalam Youtube, beliau berkata, polis sedang menyiasat bagaimana dan dari mana klip video itu diperoleh.

Katanya, polis turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan dalang di sebalik paparan klip video itu.

Sementara itu, jurucakap Bahagian Penguatkuasaan SKMM ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kes itu dan enggan mengulas lanjut. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan