TPM Kutuk Tindakan Letak Kepala Babi Di Masjid

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CEBU: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melahirkan rasa marah dan mengutuk sekeras-kerasnya kejadian meletakkan empat kepala babi hutan yang dibungkus dalam empat beg plastik beras di dua masjid di Petaling Jaya hari ini.

Beliau menyifatkan perlakuan itu sebagai tidak siuman dan bertentangan dengan amalan yang rasional.

"Saya rasa marah dan ini adalah satu perkara yang sepatutnya tidak berlaku. Ia sesuatu yang amat memalukan kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang pleno Persidangan Majlis Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara (Seameo) ke-45 di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, polis perlu mengambil langkah segera serta mengenakan tindakan yang serius terhadap pihak-pihak yang bertanggungjawab melakukan perkara itu.

Beliau berkata, kejadian sebegini boleh membangkitkan kemarahan di kalangan umat Islam dan mahu agar semua pihak tenteram serta tidak menuduh sesiapa sebagai dalang di sebalik perbuatan itu.

"Saya tidak mahu buat tuduhan siapa melakukan perbuatan ini, macam kes surau terbakar di Muar rupanya bukan orang bukan Islam yang lakukan, jadi kita tidak boleh semberono sebutkan siapa.

"Baik Islam atau bukan Islam lakukan, tindakan sekeras-kerasnya patut diambil kerana kita tidak boleh kompromi tentang soal menjaga keselamatan, keamanan dan kesejahteraan negara kita, lebih-lebih lagi kalau ia tercetus atas perkara yang berbaur keagamaan" katanya.

Beliau yang memandang serius terhadap perkara itu tidak mahu kejadian tersebut menjadikan kemarahan umat Islam semakin membara sehingga boleh menjejaskan keamanan negara.

Dalam kejadian selepas solat Subuh awal pagi ini, dua buah bungkusan kepala babi hutan bersama satu baldi plastik berisi 30 keping wang RM1 diletakkan di pintu masuk belakang ke perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Haron.

Dua bungkus lagi serta baldi berisi jumlah wang yang sama pula dijumpai di hadapan pintu masuk ke perkarangan Masjid Al Imam Al Tirmizi, Taman Sri Sentosa.

Jarak kedua-dua masjid adalah kira-kira dua kilometer. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan