Tiga terbunuh, Tiga Cedera Parah Dalam Dua Kemalangan Berasingan

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SITIAWAN: Tiga terbunuh manakala tiga lagi cedera parah dalam dua kejadian kemalangan berasingan di sini pada awal pagi ini dan juga malam tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohd Jamil Osman berkata dalam kemalangan di Jalan Pantai Remis-Sitiawan berhampiran Jambatan Tunku Bainun kira-kira 5.32 pagi ini, pemandu lori dan kelindannya terbunuh apabila lori mereka merempuh belakang sebuah treler yang diletakkan di tepi jalan.

Pemandu lori itu dikenali sebagai R.Prakas Rao, 33, dan kelindannya M.Rabu, 24. "Kedua-dua mangsa yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia ditempat kejadian dan mayat mereka telah dihantar ke Hospital Manjung untuk bedah siasat. "Semasa kejadian lori yang dipandu Prakas yang membawa muatan kelapa, sedang dalam perjalanan dari Pantai Remis ke Sitiawan.

Lori itu dikatakan gagal di kawal lalu merempuh belakang sebuah treler yang membawa muatan bahan-bahan binaan yang diletakan di tepi jalan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Jamil berkata pasukan Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum dihantar ke hospital.

Dalam kejadian di Km 17 Jalan Sitiawan-Ipoh pada 8 malam tadi pula, seorang terbunuh manakala tiga lagi mengalami cedera parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan merempuh sebatang pokok di tepi jalan.

Mangsa yang terbunuh ialah penumpang kereta berkenaan Shah Fahrin Ramli, 30, berasal dari Lambor Kiri, Parit. "Mangsa yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya di hantar ke Hospital Manjung untuk bedah siasat, kata Mohd Jamil.

Beliau berkata yang cedera pula ialah pemandu kereta itu Shaiful Amirul Ngah Mohd Yusof, 20, adiknya Shahir Shafie, 19, dan seorang lagi penumpang Mohd Hanafi Wahid, 17.

Mereka dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun. "Siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku ketika kereta jenis Proton-Satria yang dipandu Shaiful Amirul yang dalam perjalanan dari Ipoh ke Sitiawan dikatakan gagal dikawal lalu merempuh sebatang pokok di tepi jalan. "Akibat kejadian itu bahagian hadapan kereta berkenaan remuk dan pasukan Bomba dan Penyelamat telah dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa sebelum di hantar ke hospital," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan