Tiada Melamin Dalam Produk Tenusu: Liow

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada pencemaran melamin dikesan dalam susu dan hasil tenusu di Malaysia walaupun dengan kemunculan kes terbaru di China baru-baru ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, ini memandangkan ketiga-tiga syarikat dari China yang terlibat dalam isu melamin di selatan negara itu tidak diberikan permit import ke Malaysia.

Menurutnya, orang ramai tidak perlu bimbang kerana kerajaan sentiasa menjalankan pemantauan terhadap produk-produk makanan tempatan dan import termasuk dari China.

"Bagaimanapun sebagai langkah berjaga-jaga Kementerian Kesihatan mengenakan tindakan Pemeriksaan Tahap 4 bagi analisa melamin terhadap semua susu dan hasil tesusu yang diimport dari negara China mulai 6 Januari melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu dibuat sebagai mengulas berita dua akhbar harian berbahasa Inggeris yang melaporkan bahawa pihak berkuasa China mengarahkan beberapa susu dan hasilan susu yang dijual di selatan negara China ditarik balik selepas ia didapati tercemar dengan melamine.

Liow berkata, tahun lepas daripada 515 sampel yang diambil, kesemua sampel itu didapati melepasi tahap tindakan (action level) bagi melamin, iaitu 1miligram per kilogram bagi makanan bayi dan 2.5 miligran per kilogram bagi makanan lain.

Katanya, sampel itu meliputi pelbagai jenis makanan yang diimport dari China seperti susu, susu rumusan bayi, susu rumusan susulan bayi, ais krim, yogurt, susu soya, biskut, coklat, konfeksi, kicap, tepung, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pada tahun 2008, dunia dikejutkan dengan isu yang sama apabila enam bayi mati dan ratusan lagi jatuh sakit di China akibat keracunan melamin yang dikesan dalam susu yang diminum mereka.

Melamin yang pada kebiasaannya digunakan dalam pembuatan resin plastik, bahan pembersih, gam, ganja dan baja boleh memberi kesan toksin yang kronik serta mengakibatkan kerosakan pada sistem pembiakan atau menyebabkan batu karang dalam ginjal dan pundi kencing. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan