Tempoh Perkhidmatan Wajib Doktor Dalam Kerajaan Dicadang Dilanjut

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tempoh perkhidmatan wajib doktor dalam kerajaan dicadang dilanjutkan sehingga lima atau 10 tahun, berbanding tiga tahun pada masa ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk T. Murugiah.

Beliau berkata cadangan itu bertujuan mengatasi masalah kekurangan doktor di hospital-hospital kerajaan yang berlaku pada saban tahun.

Pada tahun lalu, katanya negara menghadapi masalah kekurangan doktor sebanyak 5,000 orang. "Tiap-tiap tahun kita ada masalah kekurangan doktor kerana mereka ini hanya berkhidmat dengan kerajaan selama lima tahun, iaitu dua tahun untuk 'housemanship' (latihan) dan tiga tahun untuk perkhidmatan wajib, dan selepas itu mereka tidak lagi berkhidmat dengan kerajaan. "Sistem ini digunapakai sejak 1971, jadi kita perlu ada mekanisme baru untuk menyelesaikan masalah ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di sini hari ini.

Murugiah berkata jika cadangan itu direalisasikan, doktor-doktor akan dapat menimba lebih pengalaman sebelum berkhidmat dengan syarikat swasta atau membuka praktis mereka sendiri selepas itu. "Para doktor tidak patut hanya memikirkan tentang keuntungan, mereka juga harus berfikir mengenai kepentingan negara, sumbangan mereka kepada negara," katanya.

Murugiah berkata cadangan sama boleh digunapakai untuk bidang-bidang lain yang turut mengalami kekurangan penjawat termasuk doktor gigi dan ahli farmasi.

Bagaimanapun, beliau berkata terserah kepada Kementerian Kesihatan, Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk membincangkan cadangan itu dan memutuskannya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata bagi tahun lepas, kerajaan melantik sebanyak 50,756 penjawat awam termasuk calon latihan separa perubatan melebihi sasaran yang diletakkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu 50,000 lantikan.

Sebanyak 7,785,262 jumlah permohonan diterima, dengan 358,366 pemohon dipanggil temuduga tetapi hanya 199,660 hadir untuk ditemuduga, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan