Sistem Pengangkutan Awam Kuching Dirombak

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak memohon peruntukan antara RM150 dan RM200 juta daripada Kerajaan Pusat untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di bandar raya Kuching dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menteri berkenaan, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, peruntukan itu bagi memastikan sistem pengangkutan awam khasnya perkhidmatan bas di ibu negeri Sarawak menjadi lebih berkesan, mesra alam, mesra pengguna dengan kadar tambang berpatutan.

"Bandar raya Kuching dengan populasi setengah juta penduduk ketika ini akan berdepan masalah kesesakan jalan raya yang serius menjelang tahun 2020 jika sistem pengangkutannya tidak dirombak sekarang," katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat tertutup dengan pihak pemaju pengangkutan awam khasnya pemilik syarikat bas yang beroperasi di bandar raya Kuching hari ini.

Beliau berkata, ketika ini bandar raya itu mempunyai 220,000 kereta dan van persendirian selain 195,000 motosikal berdaftar.

"Dengan jumlah penduduk yang semakin bertambah dijangka 700,000 menjelang 2020, jumlah kenderaan turut bertambah. Sesuatu perlu dilakukan iaitu dengan merombak sistem pengangkutan awam yang lemah dan teruk ketika ini, agar pengguna jalan raya menggunakan semula sistem perkhidmatan awam seperti bas," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan