SBT Diharap Wujudkan Persaingan Sihat

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berharap Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) akan mewujudkan persaingan sihat di kalangan sekolah dalam usaha meraih status itu.

Presiden PIBGN, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata, SBT menjadi penanda aras dan sekolah contoh kepada yang lain dan usaha untuk tersenarai sebagai SBT mungkin menimbulkan tekanan kepada seluruh warga sekolah terbabit.

"Sehubungan itu, sebagai warga SBT yang menjadi "role model" kepada sekolah-sekolah setempat, sepatutnya menjadi "mentor" yang berkesan kepada sekolah-sekolah lain terutama di kawasan setempat supaya dapat mengikut jejak mereka (SBT)," katanya.

Beliau berkata, konsep itu juga mampu memupuk semangat bekerjasama antara sekolah dalam membantu kerajaan menjadikan pendidikan negara ke arah berprestasi tinggi.

Daripada perspektif lain katanya, sistem SBT akan mewujudkan tekanan bukan sahaja di kalangan sekolah yang sedang mengejar statusnya, tetapi juga di kalangan sekolah yang ingin mengekalkan status itu.

Isnin lepas, kerajaan mengumumkan 20 sekolah yang berjaya tersenarai sebagai SBT selepas menilai kira-kira 10,000 sekolah di seluruh negara tahun lepas.

Untuk tersenarai sebagai SBT, setiap sekolah harus membuktikan pencapaian masing-masing dari segi akademik, kokurikulum sekolah serta kerjasama kepimpinan sekolah, pelajar dan ibu bapa.

Sementara itu, Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng berkata, bagi mencapai sistem pendidikan yang setaraf negara maju, rakyat harus sentiasa bersedia menghadapi pelbagai perubahan.

"Saya yakin, secara positifnya pada masa akan datang, setiap sumbangan dan pengiktirafan akan memberikan motivasi kepada guru untuk terus meningkatkan prestasi mereka dan sekolah mereka sekaligus," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan