Perdana Menteri Lawat Melaka 4 Februari

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Melaka pada 4 Februari dengan antara programnya ialah merasmikan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAB) di Batu Berendam.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, LTAB bernilai RM190 juta yang mempunyai terminal baru dengan kapasiti maksimum 1.5 juta penumpang setahun, disasarkan oleh sebagai hab lapangan terbang pelancongan kesihatan.

"Selepas perasmian LTAB, Najib akan mengadakan perjumpaan dengan jawatankuasa Barisan Nasional (BN) di Seri Bendahara, Ayer Keroh pada tengah hari," katanya kepada pemberita di Seri Negeri di sini hari ini.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijadual mengadakan perjumpaan ramah mesra bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Wanita di Taman Botanikal Melaka di Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya.

Pada lawatan itu, Najib dijadual melawat projek pembangunan nelayan, di jeti Pantai Siring, Merlimau dan melakukan tinjauan mesra di Pusat Bandaraya Melaka di kawasan Kampus Bandar Universiti Tekologi Mara (UiTM) di Jalan Tun Ali, gerai penjaja, Kampung Morten, Sungai Melaka dan Jonker Walk.

Pada sebelah malam, Najib akan menghadiri Jamuan Rakyat 1Malaysia dan merasmikan Dataran 1Malaysia di Pantai Kelebang. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan