Peraturan Kerja Separuh Masa Bakal Dilaksanakan

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peraturan bagi pekerja yang bekerja separuh masa di dalam sektor swasta dijangka dilaksanakan pada Mac depan, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata, kementeriannya kini pada peringkat akhir menyiapkan peraturan itu mengikut Akta Pekerjaan 1955.

"Kita sedang menunggu untuk membuat sedikit perubahan sebelum kita boleh wartakan peraturan itu dalam tempoh satu atau dua bulan lagi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Undang-Undang Pekerjaan 2010 di sini hari ini.

Menurutnya, dengan adanya peraturan itu, pihak majikan dan pekerja akan mendapat maklumat yang jelas berhubung hak dan tanggungjawab di antara satu sama lain.

"Sesetengah orang bekerja separuh masa, mereka tidak mendapat bantuan dari segi undang-undang untuk mereka bekerja. Melalui peraturan ini ia menjadi sah, oleh itu pekerja tidak perlu lagi bimbang," katanya.

Dr Subramaniam berkata, peraturan itu dirangka bagi mengalakkan lebih ramai rakyat Malaysia terutamanya tenaga kerja yang berbakat diambil bekerja dan pada yang sama mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing.

Beliau berkata, terdapat kira-kira 6.5 juta tenaga kerja berbakat di dalam negara termasuklah suri rumah, orang tua, golongan cacat dan pelajar yang berpendidikan tetapi tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai.

Menurutnya, melalui peraturan ini antara isu yang dititikberatkan ialah sumbangan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kerja lebih masa dan cuti sakit.

"Saya berharap pihak industri akan mengambil perkara ini dengan serius kerana mereka boleh menyediakan pekerjaan kepada mereka yang tidak mahu bekerja untuk tempoh lapan jam, contohnya mereka yang hanya mahu bekerja empat atau lima jam sahaja sehari. Dan ini juga menyediakan peluang untuk mewujudkan konsep baru dalam pekerjaan," katanya.

Selain itu, Dr Subramaniam juga berkata, kementeriannya akan mencadangkan satu mahkamah khas diwujudkan bagi mendengar kes-kes berkaitan industri dan menyelesaikan kes dengan segera berbanding sekarang. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan