Peniaga Rayu Tangguh Kerja Roboh Gerai

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Malang bagi seorang ibu yang mahu mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya di kawasan gerai makan yang didirikan di atas pokok di Tanjung Bungah di sini, apabila gerai tersebut yang dinamakan Do Re Mi Kafe mahu dirobohkan pula oleh pihak berkuasa.

Normah Mohd Noor, 50, terpaksa merayu beberapa kali kepada Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Timur Laut serta polis supaya tidak meroboh gerai tersebut kerana segala persiapan untuk majlis perkahwinan anak perempuan bongsunya telah siap diatur.

Anak Normah, Nurul Suraya Aziz akan mengadakan majlis perkahwinan bersama pasangannya Yusman Zakree Osman Sabtu ini.

"Kad jemputan telah diedarkan kepada lebih kurang 700 orang termasuk saudara-mara saya dari Perak dan Kuala Lumpur.

"Saya amat berharap supaya pihak berkenaan dapat memberi satu tempoh, selepas majlis perkahwinan anak saya dijalankan kerana persiapan untuk majlis telah dibuat," katanya kepada pemberita ketika operasi perobohan gerai tersebut mahu dilakukan oleh anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) serta Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Timur Laut hari ini.

"Saya telah belanja RM16,000 untuk menghiasi tempat ini dan mendirikan beberapa kanopi di bawah gerai," katanya.

Rayuan Normah bagaimanapun berjaya menarik simpati Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) cawangan Pulau Pinang yang bergegas ke pejabat pentadbiran negeri untuk memohon penangguhan kerja meroboh tersebut.

Naib Yang Dipertua DPMM Pulau Pinang, Syed Hassan Syed Ali berkata, beliau berjaya berjumpa Setiausaha Kerajaan Negeri yang telah mengarahkan penangguhan sementara kerja-kerja meroboh.

Hanya beberapa pondok di bawah gerai tersebut yang sempat dirobohkan oleh kira-kira 50 anggota penguatkuasa.

Keunikan premis makan milik Johar Ismail, 34, ini ialah ia didirikan dengan menggunakan empat batang pokok sebagai tiang utama, untuk pelanggan menikmati sajian sambil menghadap pantai.

Untuk menaiki gerai tiga tingkat itu, sebuah tangga kayu didirikan. Selain mempunyai tingkat untuk makan, terdapat juga tingkat dapur dan tempat tinggal.

Ini bukan kali pertama tindakan perobohan premis ini dilakukan kerana minggu lepas, pihak penguatkuasa telah merobohkan pondok-pondok di bawah gerai tetapi telah dibina semula oleh pemiliknya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan