Pasukan Khas Kenal Pasti Keperluan Masyarakat Orang Asli

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) menerusi pasukan khas yang ditubuhkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah mengenal pasti keperluan prasarana awam bagi masyarakat Orang Asli, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Sani Mistam.

Beliau berkata, setakat ini, antara keperluan itu ialah 4,152 unit rumah, bekalan elektrik di 75 kampung, bekalan air di 155 kampung serta 397.5 kilometer jalan perlu dibina dan dinaiktaraf.

"Keperluan berkenaan dijangka dapat disediakan menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi tempoh 2010 hingga 2012 dan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh," katanya ketika berucap pada majlis pemimpin bertemu masyarakat Orang Asli di kediaman Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di sini, malam tadi.

Mengenai kemudahan kesihatan bagi masyarakat Orang Asli di Perak, Mohd Sani berkata, terdapat dua pusat transit yang berfungsi sebagai penempatan sementara bagi menunggu rawatan di hospital bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

"Dua pusat transit itu adalah di Batu 8, Jalan Tambun dengan kos RM3 juta dan di Sungai Siput bernilai RM10 juta manakala sebuah lagi sedang dibina iaitu di Gerik yang bernilai RM4.5 juta dan dijangka siap pada Mac ini," katanya.

Beliau berkata, di samping membangunkan projek fizikal, aspek pembangunan minda Orang Asli turut dititikberatkan bagi mengelakkan kebergantungan berterusan masyarakat Orang Asli dengan pihak kerajaan.

Di Perak, terdapat 54,640 Orang Asli atau 10,763 ketua isi rumah terdiri daripada suku kaum Semai, Temiar, Jahai, Lanoh dan Kintak, yang menetap di 255 kampung serta diketuai 176 Tok Batin atau penghulu Orang Asli. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan