Najib Akan Lawat Batu Caves Menjelang Thaipusam

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lawatan bersejarah ke Batu Caves pada petang menjelang Thaipusam, yang akan disambut oleh rakyat Malaysia beragama Hindu pada Sabtu.

Ketika mengesahkan perkara ini, seorang jurucakap pejabat Perdana Menteri berkata, Najib dijadual berada di kuil Batu Caves, di mana lebih daripada sejuta orang Hindu akan berhimpun untuk perayaan Thaipusam, pada Jumaat malam.

Lawatan itu akan menjadikan Najib Perdana Menteri kedua dalam sejarah negara ini untuk melawat tempat suci kaum Hindu itu sejak negara mencapai kemerdekaan lebih daripada 50 tahun lalu.

Bapa Najib, Tun Abdul Razak Hussein merupakan Perdana Menteri pertama untuk memeriahkan sambutan itu semasa menjadi Perdana Menteri kedua negara lebih daripada 30 tahun lalu.

Bagaimanapun, adalah tidak jelas sama ada Najib akan menyampaikan ucapan pada sambutan itu.

Sejak mengambil alih kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri hampir dua tahun lalu, Najib akan memastikan untuk memenangi hati dan minda 1.8 juta jumlah rakyat Malaysia keturunan India, yang mengubah kesetiaan mereka kepada kerajaan Barisan Nasional pada pilihan raya umum 2008 selepas menyokong gabungan parti yang memerintah itu sejak kemerdekaan negara.

Perayaan Thaipusam adalah bagi memperingati kelahiran Dewa Murugan, anak bongsu Dewa Shiva dan isterinya Parvati, dan juga upacara apabila Parvati memberikan Dewa Murugan sebilah tombak agar dapat menghapuskan dewa jahat Soorapadman.

Lawatan Najib ke Batu Caves juga selepas lawatannya ke Tamil Nadu, lebih daripada seminggu lepas.

Kaum Tamil merupakan jumlah majoriti kaum India di Malaysia yang membentuk hampir 80 peratus daripada jumlah penduduk kaum India di negara ini.

Lawatan ke Tamil Nadu juga memastikan nama Najib dicatat dalam buku sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama untuk melawat India. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan