MLRC Akan Mula Kaji Undang-Undang Lapuk

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jawatankuasa Pembaharuan Undang-Undang Malaysia (MLRC) akan mula mengkaji undang-undang yang dianggap lapuk dan tidak sesuai dengan keadaan semasa di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Pengerusi MLRC, Datuk Liew Vui Keong berkata, kajian itu bertujuan untuk memastikan sistem perundangan di negara ini sentiasa relevan dengan perkembangan semasa.

"Setelah kajian dibuat, MLRC akan membuat cadangan kepada kerajaan untuk memperbaharui undang-undang yang dianggap lapuk," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa itu di sini hari ini.

Liew berkata, kajian dan pembaharuan perlu dibuat memandangkan sistem perundangan negara yang wujud pada hari ini banyak dipengaruhi sistem perundangan Common Law sejak zaman penjajahan British.

"Sebab itu kita dapati ada hukuman yang diperuntukkan terlalu ringan dan sudah outdated (ketinggalan zaman)," katanya.

Beliau berkata, antara kriteria yang dipertimbangkan sebelum sesuatu undang-undang diputuskan untuk diperbaharui ialah kepentingan awam, kesesuaian dan sumber kewangan.

Justeru itu, beliau berkata, orang ramai adalah disarankan untuk memberikan sebarang pandangan atau pendapat sekiranya mendapati ada undang-undang yang perlu dikaji dan diperbaharui.

Penubuhan MLRC dipersetujui jemaah menteri pada 4 Disember lepas dan selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Ditanya mengenai tempoh kajian itu, Liew berkata, sekurang-kurangnya dua tahun diperlukan termasuk enam bulan untuk mengumpul maklum balas daripada orang ramai.

"Buat masa ini MLRC sedang melihat (kertas) 703, Akta Parlimen yang telah diwartakan sejak 1969. Kajian dibuat adalah mengikut kategori, tahun dan keperluan semasa," katanya.

MLRC dianggotai Peguamcara Datuk Idris Buang, Peguamcara Datuk Maijol Mahap, Profesor Undang-Undang Universiti Malaya Dr Azmi Sharom, Peguamcara Ira Biswas dan Penasihat Undang-Undang kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azhar Abd Hamid. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan