Malaysia Sertai Sidang Antarabangsa Mengenai Afghanistan - Berita Semasa | mStar

Malaysia Sertai Sidang Antarabangsa Mengenai Afghanistan

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman akan mewakili negara pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Afghanistan di London, esok.

Tujuan utama persidangan adalah untuk menggembleng sokongan dan sumber masyarakat antarabangsa mengenai rancangan masa depan Afghanistan seperti digariskan oleh presidennya Hamid Karzai, kata kenyataan Wisma Putra hari ini.

"Jemputan kerajaan British itu untuk menyertai persidangan tersebut jelas mencerminkan pengiktirafan masyarakat antarabangsa atas sokongan dan bantuan Malaysia selama ini kepada pembangunan Afghanistan.

"Penyertaan Malaysia itu jelas membuktikan sokongan dan komitmen negara terhadap inisiatif antarabangsa untuk membantu Afghanistan mencapai keamanan, kestabilan dan pembangunan," menurut kenyataan itu.

Anifah, yang akan diiringi oleh beberapa pegawai kementerian, juga akan mengadakan pertemuan dengan beberapa rakan sejawatnya semasa persidangan tersebut.

Dianggarkan 70 negara termasuk beberapa anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dijemput menyertai persidangan itu.

Perdana Menteri Britain Gordon Brown, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon dan Hamid dijadual menghadiri persidangan itu. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan