Malaysia Komited Guna Pakai Teknologi Hijau: PM

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia komited dalam melaksanakan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui dan teknologi hijau agar dapat muncul sebagai sebuah negara utama dalam abad ke-21, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan menyedari bahawa pada abad ke-21, tenaga yang boleh diperbaharui dan sektor tenaga mampan serta teknologi hijau akan menjadi teras pertumbuhan ekonomi bagi semua negara.

"Ini bukan pilihan tetapi kenyataan yang perlu dihadapi oleh semua negara.

"Hanya mereka yang menguasai aplikasi teknoloji hijau dan pembangunan tenaga mampan akan muncul juara di abad ke-21," katanya pada pelancaran Skim Pembiayaan Teknoloji Hijau (GTFS) di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fa Kui.

Najib turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum antara Kementerian Kewangan dan Credit Guarantee Corporation.

Najib berkata, kerajaan sedar bahawa keterlaluan kebergantungan dan mengharapkan kepada sumber tenaga fosil tidak dapat dikekalkan.

"Semasa persidangan perubahan iklim pelbagai pihak di Copenhagen, saya bangga untuk menyertai pemimpin dunia, ahli akademik dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mempertimbangkan peluang-peluang ini.

"Walaupun hasilnya agak mengecewakan tetapi sekurang-kurangnya ada komitmen tambahan dengan semua negara percaya kita perlu mengasaskan komitmen yang termaktub dalam undang-undang secepat mungkin selepas sidang kemuncak Copenhagen," katanya.

Menurut beliau, ancaman adalah sebenar dan perbincangan ini perlu diteruskan kerana kesan perubahan iklim dapat dilihat di sekitar dunia.

"Daripada pencairan glasier dan litupan ais hingga kehilangan spesies hampir pupus dan bilangan bencana alam di luar jangkaan...ianya berlaku di sekeliling kita. Kita semakin melihat lebih banyak hasil yang buruk berbanding sebelum ini," katanya.

Sementara itu, Najib berkata, pelaburan sebanyak RM1.5 bilion untuk skim GTFS akan menggalakkan pelaburan perniagaan dalam sektor teknoloji hijau, pembinaan hijau dan inovasi.

"Kerajaan akan memainkan peranannya dengan menanggung dua peratus kadar faedah pinjaman dan menyediakan jaminan 60 peratus pembiayaan. Baki 40 peratus akan dibiayai oleh bank," katanya.

Katanya, sejak skim tersebut dibuka pada 1 Januari lalu, sebanyak 186 syarikat telah mendapat tawaran awal pinjaman mudah.

"Saya yakin pada jangka panjang, syarikat akan melihat keupayaan dan manfaat skim ini serta institusi kewangan akan melihat teknoloji hijau ini sebagai pelaburan pintar dan strategik," katanya.

Najib berkata, alasan kedua bagi Malaysia melangkah cepat dalam pembangunan teknoloji hijau adalah kerana peluang pekerjaan, pembangunan industri dan pertumbuhan ekonomi pada masa depan yang amat berbeza dari masa kini.

"Sebagi kerajaan, kami menekankan kepada sektor pertumbuhan berpotensi tinggi - kewangan Islam, bioteknoloji dan teknoloji tinggi dan proses pembuatan canggih bersama teknoloji hijau.

"Kita lakukan semua ini bukan hanya kerana bidang-bidang itu merupakan industri masa depan tetapi juga kerana kami tahu Malaysia boleh bersaing dan berjaya dalam bidang tersebut," jelasnya.

GTFS merupakan skim kewangan khas yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam Bajet 2010 bagi menggalakkan dan menyokong pembangunan teknoloji hijau di negara ini.

Terdahulu itu, Najib yang mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Teknoloji Hijau Kebangsaan, juga mengumumkan Putrajaya dan Cyberjaya sebagai bandar perintis dalam teknoloji hijau di negara ini. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan