Ketua Masyarakat Jadi 'Wartawan' Lapor Bencana Melalui SMS

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Kira-kira 70 ketua masyarakat dalam daerah Kuching hari ini mendaftar dan menyerahkan nombor telefon mudah alih masing-masing kepada pihak Bilik Gerakan Bencana Negeri sebagai langkah membantu memberi maklumat awal mengenai bencana alam.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam berkata, melalui langkah itu, mereka akan bertindak sebagai 'wartawan' dalam melaporkan maklumat mengenai sebarang bencana di kawasan kampung masing-masing selain menerima laporan terkini serta amaran mengenai benacana alam daripada bilik gerakan.

"Ketua masyarakat akan dimaklumkan sebarang amaran bencana seperti banjir melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dan boleh juga membuat laporan kejadian di kawasan masing-masing, seperti juga wartawan," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat ringkas pengenalan sistem tersebut kepada ketua masyarakat terbabit di sini hari ini.

Dr Chan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak dan Bencana Negeri berkata, untuk permulaan sistem SMS yang melibatkan komunikasi dua hala itu akan diperkenalkan dalam daerah Kuching yang dibahagikan kepada 16 zon yang akan diwakili oleh beberapa ketua masyarakat yang telahpun dilantik dan berdaftar dengan bilik gerakan negeri.

Katanya, sistem tersebut amat berguna khasnya untuk memberi amaran awal kepada orang ramai tentang bencana yang akan berlaku selain membantu mereka mengambil langkah segera sebelum keadaan menjadi lebih teruk khasnya masalah banjir, jerebu, kebakaran dan bencana lain yang boleh membahayakan nyawa penduduk. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan