Kelantan Pertikai Pemberian Wang Ehsan RM20 Juta

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan mempertikaikan pemberian wang ehsan hanya sebanyak RM20 juta dan meminta Kerajaan Pusat menilai semula jumlah itu.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, nilai yang sewajarnya diterima negeri itu, berdasarkan perbincangannya dengan pihak Petronas awal bulan ini, adalah sebanyak RM40 juta dan bukannya RM20 juta seperti diumumkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, semalam.

Husam yang juga Pesuruhjaya PAS II Kelantan berkata, melalui perbincangannya dengan Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Merican pada 8 Januari lalu, beliau dimaklumkan RM40 juta itu tidak termasuk tuntutan di kawasan telaga bintang yang bertindih dengan kawasan perairan Terengganu-Kelantan.

"Pendirian kerajaan negeri tetap tidak menerima keputusan itu...kami mahu mendengar kenyataan rasmi dari Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sendiri," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mustapa semalam mengumumkan Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk membayar sebanyak RM20 juta wang ehsan kepada Kelantan pada Mac ini yang merupakan nilai lima peratus daripada jumlah keseluruhan hasil cari gali petroleum diperolehi sejak Mei 2008.

Kelantan tahun lalu mengemukakan tuntutan royalti berjumlah RM2 bilion terhadap operasi cari gali di perairannya kepada pusat dan berhasrat untuk mengambil tindakan mahkamah.

Bagaimanapun Perdana Menterie Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Kerajaan Pusat akan memberikan wang ehsan, menggantikan bayaran royalti minyak, kepada kerajaan Kelantan mulai tahun ini bagi hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu.

Kerajaan Negeri Kelantan didapati tidak berhak mendapat royalti minyak kerana dua telaga minyak yang dipertikaikan itu terletak di kawasan 150 batu nautika dari perairan negeri itu.

Husam berkata, kerajaan negeri akan terus memperjuangkan haknya dalam tuntutan royalti minyak itu walaupun Pusat mengantikannya kepada wang ehsan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan