Kelantan Lantik Firma Audit Tentukan Kerugian Bazar

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan melantik sebuah firma audit bebas untuk membuat penilaian sebenar berhubung dakwaan berlaku kerugian dalam pembinaan Bazar Tok Guru yang dilaksanakan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Pengerusi Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, audit itu bertanggungjawab membuat penilaian angka sebenar kerugian yang dialami PMBK dalam menguruskan projek itu yang menimbulkan isu kontroversi penyelewengan dalam perbadanan itu sehingga menjejaskan peniaga di negeri ini.

"Bagi menjawab dakwaan itu kita (kerajaan negeri) bersetuju melantik firma bebas. Tok guru (Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) akan lantik firma audit untuk mendapat penjelasan tepat mengenai kerugian sebenar yang didakwa dalam pembinaan bazar itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco, di sini hari ini.

Penulis blog, Syed Azidi Syed Syed Abdul Aziz menerusi blognya Kickdefella, mendakwa bahawa kerajaan negeri kerugian RM50 juta dalam isu kompleks Bazar Tok Guru itu ekoran berlaku penyelewengan oleh PMBK di bawah pengurusan Ketua Pegawai Eksekutif, Abdul Ariffahmi Abd Rahman yang juga menantu Menteri Besar Kelantan.

Sebelum ini, Nik Aziz dilaporkan berkata, kerajaan negeri terpaksa membeli semula kompleks itu pada harga RM23 juta kerana masalah teknikal.

Susulan kenyatan Menteri Besar itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan Kelantan sebaliknya akan memperoleh keuntungan menerusi jualan lot perniagaan di aras bawah kompleks tersebut.

Husam berkata, kerajaan negeri akan memastikan peniaga UDA dan Pasar Lama MPKB dapat menduduki 381 unit tingkat bawah secara menjual balik kepada peniaga terbabit. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan