Kabinet Lulus Peruntukan Tambahan Teruskan PBS

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CEBU: Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk meluluskan peruntukan tambahan yang diperlukan bagi membolehkan Kementerian Pelajaran meneruskan Program Bantuan Persekolahan (PBS), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, peruntukan itu adalah untuk bantuan makanan asrama, skim bantuan tuisyen pelajar miskin, bantuan pakaian seragam pasukan beruniform, Rancangan Makanan Tambahan, elaun murid berkeperluan khas serta sukan dan ko-kurikulum.

Beliau berkata, kementerian itu menganggarkan sebanyak RM700 juta akan ditambah dalam peruntukan Bajet 2010 bagi kementerian itu.

"Jumlah itu berdasarkan kiraan yang dibuat secara kasar. Perinciannya akan dirunding dengan Menteri Kewangan supaya mana-mana yang kita terpaksa potong dan kesannya mula terasa, kita sediakan semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang pleno Persidangan Majlis Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara (Seameo) ke-45 di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, akibat kekangan kewangan yang dihadapi, kementerian itu tidak dapat meneruskan bantuan yang selama ini disediakan sehingga menimbulkan masalah terhadap ibu bapa dan pelajar.

Bagaimanapun, beliau berkata, di atas keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merasa bimbang terhadap situasi ini dan tidak mahu ibu bapa terus rasa terbeban dengan kekurangan peruntukan, PBS akan dapat diteruskan.

"Ini menunjukkan betapa prihatinnya Perdana Menteri dan saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan yang mengambil kira tentang tanggungan yang harus dibuat oleh ibu bapa, beban yang ditanggung oleh pelajar," katanya.

Untuk Bajet tahun ini, kerajaan hanya memperuntukkan RM25.52 bilion untuk Kementerian Pelajaran berbanding RM31 bilion dalam Bajet 2009. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan