Isu Allah: Anwar Dibidas Burukkan Imej Negara

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dibidas kerana dikatakan memberi gambaran tidak tepat mengenai isu kalimah "Allah" dalam tulisannya dalam akhbar luar negara bagi tujuan politik.

Setiausaha Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Wira Syed Ali Alhabsee yang juga Ketua Umno Bahagian Cheras berkata, Anwar juga sedang giat melobi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) luar negara untuk memburukkan imej kerajaan berhubung isu kalimah 'Allah'.

"Perbuatan beliau bersekongkol dengan negara luar termasuk media asing amat membimbangkan kerana apa yang sebenarnya berlaku di negara ini berhubung isu kalimah Allah telah diputarbelitkan," kata beliau dalam blognya.

Katanya, Penasihat PKR itu menuduh kononnya kerajaan gagal menangani isu serangan ke atas beberapa gereja Kristian dan rumah ibadat agama lain tiga minggu lalu.

"Tindak-tanduk itu merupakan satu pengkhianatan dan memberi gambaran seolah-olah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang didokong UMNO telah menzalimi kaum minoriti di negara ini," tegasnya.

Beliau mengulas artikel Anwar dalam The Wall Street Journal yang bertajuk "Muslim Have No Monopoly over Allah" (Orang Islam Tidak Mempunyai Monopoli terhadap Allah) baru-baru ini.

Beliau juga kesal Anwar menuduh pemimpin UMNO dan akhbar arus perdana bertanggungjawab memperbesar-besarkan pelbagai isu dan sentimen kaum untuk kepentingan politk.

Mengulas kejadian dua masjid di Petaling Jaya dilempar kepala babi hutan, awal pagi ini, beliau berkata, walaupun perbuatan itu menimbulkan kemarahan orang Islam, mereka perlu rasional dan menyerahkannya kepada pihak polis menangani kejadian tersebut.

Beliau tidak menolak kemungkinan ada pihak tertentu sengaja melakukan perbuatan terkutuk itu bagi kepentingan politik. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan