Hentikan Spekulasi Kehilangan Enjin Pesawat: Latiff Ahmad

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUBANG: Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad meminta semua pihak termasuk media agar menghentikan spekulasi yang mengaitkan pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam kecurian dua enjin jet F-5E milik pasukan itu.

Beliau berkata, keputusan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) semalam, yang merupakan sebuah badan bebas yang menjalankan siasatan secara telus dan berintegriti, jelas menunjukkan bahawa tiada bukti pembabitan pegawai kanan pasukan itu dalam kes berkenaan.

"Dengan keputusan yang dikeluarkan oleh PAC, ia dapat membetulkan tanggapan negatif semua pihak termasuk media," katanya selepas menyempurnakan majlis penghantaran Kumpulan Induk Malcon East 5 (ME 5) di Pangkalan Udara TUDM Subang di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, tiada sebarang bukti yang boleh mengaitkan mana-mana pegawai kanan TUDM dalam kes kecurian enjin jet terbabit.

Dengan keputusan yang dibuat oleh PAC itu, Abdul Latiff berkata, tiada lagi pegawai dari kementerian itu dan TUDM yang akan dipanggil untuk disiasat, dan kementerian serta TUDM telah pun memberi maklumat dan kerjasama sepenuhnya kepada PAC.

"Kes ini juga telah diserahkan kepada mahkamah, jadi biar mahkamah yang tentukan ," katanya.

Abdul Latif berkata, berikutan kehilangan enjin pesawat itu yang dikatakan berpunca daripada sistem kawalan keselamatan yang lemah, pihak kementerian itu telah pun mengambil langkah-langkah mempertingkatkan dan mengetatkan kawalan keselamatan.

"Ianya bukan hanya bertumpu pada satu peringkat sahaja, tetapi di ketiga-tiga divisyen (iaitu TUDM, Tentera Darat dan Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," katanya.

Katanya, langkah itu termasuk proses mempertingkatkan sistem pentadbiran ATM daripada sistem manual kepada sistem perkomputeran.

Dua enjin jet pejuang F-5E dilaporkan hilang sejak 2007 dikatakan dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa. Susulan daripada kehilangan enjin itu, seorang anggota tentera udara berpangkat Sarjan dan seorang ahli perniagaan yang juga pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan