CEO Petronas Perlu Dilantik Dari Dalam Syarikat: Tun Dr M

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Penasihat Petronas, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kesinambungan penting bagi syarikat minyak nasional itu dan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) perlu dilantik dari dalam syarikat itu sendiri.

"Ketiga-tiga yang kini disenarai pendek untuk jawatan itu adalah dari Petronas dan ini bermakna mereka tahu mengenai syarikat," katanya semasa ditanya tentang pilihan calon bagi jawatan CEO dan presiden.

"Kalau mereka lantik orang luar, ini akan menimbulkan kemarahan, kenapa mereka yang dalam syarikat tidak dipilih," kata beliau semasa melawat I-City di sini hari ini.

Selain dari itu, Tun Dr Mahathir berkata, orang baru juga akan mengambil masa untuk mempelajari selok belok perniagaan minyak dan gas serta mewujudkan hubungan memandangkan Petronas telah berada di pelbagai benua.

"Yang pentingnya, kita telah menjalankan perniagaan dengan banyak negara. Orang baru akan mendapati sukar dalam mewujudkan hubungan dengan mereka yang telah mempunyai jalinan perniagaan dengan kita," kata bekas Perdana Menteri itu.

"Bagaimanapun, pengerusi boleh diambil dari luar. Tetapi, CEO perlu dari dalam. Itulah yang saya fikirkan," katanya.

Mengenai kemungkinan kontrak Presiden dan CEO sekarang ini, Tan Sri Mohd Hassan Marican tidak diperbaharui, beliau berkata: "Mungkin, beliau sudah mencapai umur persaraan.

"Beliau telah lama di sana. Seseorang itu perlu bersara, walaupun jika terlalu baik," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan