10 Pengganas Ditahan ISA

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sepuluh ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mempunyai kaitan dengan pengganas antarabangsa.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sembilan daripada mereka ialah warga asing dan seorang lagi merupakan rakyat tempatan.

"Kesemua mereka terlibat dengan pengganas yang mempunyai hubungan kait di peringkat antarabangsa," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Hishammuddin bagaimanapun menafikan pihaknya telah menahan seramai 50 orang di bawah akta berkenaan.

Sebelum ini peguam hak asasi manusia, Edmund Bon melalui laman twitter miliknya mendakwa terdapat seramai 50 orang rakyat pelbagai negara termasuk pelajar universiti tempatan telah ditahan di bawah ISA pada Khamis minggu lalu.

"Jumlah itu (50 orang) tidak betul, saya hanya sahkan seramai sepuluh orang sahaja ditahan baru-baru ini," katanya.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata majoriti ahli kumpulan yang ditahan itu baru memasuki ke negara ini.

"Majoriti daripada sepuluh mereka itu baru sahaja tiba di negara ini, mereka tidak bertapak di negara ini dalam tempoh masa yang lama.

"Kalau kita tidak mengambil tindakan cepat saya bimbang ianya akan dapat mempengaruhi pihak lain... ini juga menunjukkan bahawa dalam konteks keganasan kita cukup serius," tegasnya.

Ditanya sama ada kumpulan pengganas terbabit tersenarai sebagai pengganas paling dikehendaki di peringkat antarabangsa, Hishammuddin berkata: "Ya, mereka ada dalam senarai yang dikehendaki, tapi sama ada paling dikehendaki atau tidak saya tak pasti."

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak keselamatan antarabangsa untuk tindakan selanjutnya.

Katanya lagi, pada tahap ini pihaknya tidak dapat memberi maklumat lanjut berhubung tangkapan berkenaan termasuk negara asal, tempat penahanan dan bila penahanan itu dibuat.

"Ini merupakan kes yang serius, ia melibatkan kerjasama dengan agensi antarabangasa di seluruh dunia.

"Saya kena berhati-hati dengan apa yang saya katakan, perkara ini sedang di siasat," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan