Tian Chua Terselamat Dalam Kemalangan

Diterbitkan: Selasa, 26 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan pemandunya terselamat apabila kereta yang mereka naiki terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di KM 400, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Bukit Beruntung, dekat Rawang, petang semalam.

Dalam kemalangan pukul 5.30 petang itu, kereta Toyota Camry berwarna putih yang dipandu oleh pemandunya hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan di laluan itu ekoran keadaan jalan yang licin selepas hujan.

Tian Chua yang dihubungi Bernama berkata beliau dan pemandunya bagaimanapun tidak mengalami kecederaan akibat kemalangan itu. "I'm ok... tiada masalah atau cedera apa-apa, cuma kereta sahaja remuk sebab langgar pembahagi. Saya dan pemandu selamat," katanya.

Tian Chua, yang juga Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkata ketika kejadian beliau dalam perjalanan untuk menghadiri satu ceramah di Lunas, Kedah, dan meneruskan perjalanan dengan menaiki kenderaan lain.

Beliau telah membuat laporan polis berhubung kemalangan itu dan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supritendan Norel Azmi Affandi Yahya ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan itu.

Dalam perkembangan kes lain, Norel berkata polis masih menunggu laporan bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui mati dibunuh di sebuah ladang kelapa sawit di Sungai Remok, Jalan Batang Kali-Genting Highland, tiga hari lepas.

Norel berkata laporan itu akan mengambil kira keputusan cap jari mangsa untuk mengenalpasti identitinya sebelum boleh dituntut oleh mana-mana individu mahupun keluarga.

Katanya hari ini seorang wanita telah tampil menuntut mayat mangsa dengan membawa pasport mangsa dan mendakwa mangsa adalah suaminya tetapi polis tidak dapat membuat keputusan sehingga laporan bedah siasat selesai.

Mayat mangsa ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu dengan keadaan tangan dan kakinya diikat dan dipercayai dibunuh di tempat lain.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan