Tengku Abdullah Sedia Temui Kartika

Diterbitkan: Selasa, 26 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bersedia menerima mengadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor berhubung isu penangguhan perlaksanaan hukuman sebatnya.

Tengku Abdullah yang juga Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bagaimanapun bertitah, baginda belum menerima permohonan secara rasmi daripada model itu setakat ini.

"Kita tidak mahu isu ini berpanjangan...mungkin ada hikmah bagi kita mencari penyelesaiannya," titahnya selepas menyampaikan pengurniaan insentif Sukan SEA di sini, hari ini.

Baginda bertitah demikian ketika mengulas mengenai perlaksanaan hukuman ke atas Kartika, 32, yang belum dilaksanakan selepas dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai tahun lepas setelah mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2008.

Tengku Abdullah bertitah, isu tersebut perlu ditangani secara bijaksana serta dengan penuh keinsafan berikutan ia satu isu yang sensitif.

Dalam perkembangan lain, Tengku Abdullah bertitah satu kajian secara menyeluruh akan dibuat sebelum cadangan hukum mengharamkan rokok diwartakan di negeri Pahang.

Titahnya, mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang sebelum ini telah mengeluarkan fatwa pengharaman tabiat merokok berikutan ia memudaratkan kesihatan.

"Kita perlu terlebih dahulu memberi pengajaran kepada pihak yang merokok dari segi baik buruknya sebelum digazetkan yang pasti memberi banyak implikasinya, namun kita tidak boleh lari dari hukum itu, kita kena terima hakikat (fatwa yang dikeluarkan)," titahnya.

Baginda bertitah, MUIP juga perlu mencari kaedah terbaik dari segi penguatkuasaan jika perkara itu digazetkan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan