Siasatan Lawatan Khir Ke Disneyland Selesai: SPRM

Diterbitkan: Selasa, 26 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiapkan siasatan dakwaan penyalahgunaan dana awam untuk lawatan kerja bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo ke taman tema Disneyland di Perancis dan Amerika Syarikat.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Jaafar Mahad berkata, kini terpulang kepada Peguam Kanan Persekutuan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk mengambil tindakan lanjut.

"Saya dimaklumkan SPRM Putrajaya telah menyelesaikan siasatannya mengenai perkara itu dan (hasilnya) telah dihantar ke Peguam Kanan Persekutuan.

"Sekarang, Peguam Kanan Persekutuan akan menyiasat perkara itu dari semua aspek perundangan, berdasarkan keterangan yang diberikan," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Mohd Khir didakwa menggunakan dana kerajaan negeri untuk membuat dua "lawatan teknikal" ke taman tema di Perancis dan Amerika Syarikat pada 2004 dan 2007, yang dikatakan membabitkan perbelanjaan kira-kira RM1.7 juta wang anak syarikat kerajaan negeri, Permodalan Negeri Selangor Bhd. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan