Selangor Sasar Pertumbuhan 67 Peratus Tahun Ini

Diterbitkan: Selasa, 26 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selangor mensasarkan untuk mencatatkan enam hingga tujuh peratus pertumbuhan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini daripada penguncupan sebanyak 3.87 peratus tahun lepas, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

Sektor perkhidmatan katanya akan terus menjadi pendorong utama dalam pertumbuhan negeri tahun ini dan sektor itu menyumbangkan 61.4 peratus KDNK negeri tahun lepas, diikuti dengan sektor perusahaan.

"Selangor, sebagai negeri yang paling maju di negara ini telah menjadikan dua peratus lebih daripada KDNK kebangsaan sebagai satu trend," katanya di Persidangan Strategik Malaysia di sini hari ini.

"Kami jangka kedua-dua sektor akan meningkat lebih pesat lagi untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi," katanya.

Khalid berkata, Selangor sedang mengubah ekonominya daripada berasaskan pembuatan kepada sektor tambah nilai yang lebih tinggi.

Negeri itu telah mengambil langkah proaktif untuk mengekang kemelesetan ekonomi dengan melancarkan pakej rangsangannya sendiri.

Pakej rangsangan itu sedang digunakan untuk pemuliharaan sungai Kelang, pemulihan semula projek-projek terbengkalai dan pengstrukturan semula industri perkhidmatan air.

Khalid berkata, usaha sedang dibuat untuk menarik pelaburan tempatan dan asing melalui kerjasama awam-swasta dan inisiatif pembiayaan swasta dan ini dijangka membawa masuk RM50 bilion dalam pelaburan untuk sepuluh tahun.

Inisiatif itu juga dijangka mencipta 150,000 peluang pekerjaan, sambil menambah kebanyakan usaha ini masih dalam peringkat rancangan sementara beberapa telah pun mengeluarkan hasil.

Selangor berjaya mendapat sejumlah RM3.89 bilion dalam pelaburan tahun lepas, iaitu 15.5 peratus daripada keseluruhan pelaburan di Malaysia.

Khalid berkata, projek hasil padi di Sabak Bernam and Kuala Selangor telah meningkatkan hasil padi negeri itu, dengan beberapa kawasan mengalami peningkatan sebanyak 24 peratus.

"Ini telah meningkatkan pendapatan petani," katanya sambil menambah bahawa projek lima tahun ini disasarkan untuk tanah seluas 18,355 di antara 2009 dan 2013.

Mengenai pembaharuan bandar, Khalid berkata, kerajaan negeri telah mengenalpasti Petaling Jaya, Klang, Ampang dan Kajang sebagai memerlukan inisiatif peningkatan.

"Pada keseluruhannya, anggaran sejumlah 2,375 hektar telah dikenal pasti dalam pelan tempatan dan pelan draf Petaling Jaya, Klang, Ampang Jaya dan Kajang, yang amat perlu dibangunkan semula," katanya.

Menurutnya, Petaling Jaya akan digunakan sebagai model untuk pembangunan semula kawasan-kawasan lain. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan